Skip to main content

Sukan

SG kalah 0-2 kepada Vietnam dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric

Dua gol yang dijaringkan pada saat-saat akhir oleh Vietnam mengalahkan Singapura 0-2 dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric pada Khamis (26 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
SG kalah 0-2 kepada Vietnam dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric

Pemain SG Hami Syahin beraksi menentang pemain Vietnam Bui Tien Dung dalam perlawanan pertama pusingan separuh akhir PIala ASEAN Mitsubishi Electric di Stadium Jalan Besar pada 26 Disember 2024.

Diterbitkan : 26 Dec 2024 11:42PM Dikemas Kini : 26 Dec 2024 11:43PM
SINGAPURA: Dua gol yang dijaringkan pada saat-saat akhir oleh Vietnam mengalahkan Singapura 0-2 dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric pada Khamis (26 Dis).

Di Stadium Jalan Besar, sepakan penalti oleh Nguyen Tien Linh yang disusuli dengan jaringan gol oleh Nguyen Xuan Son sebelum perlawanan berakhir menyulitkan peluang Singapura untuk mara ke peringkat akhir buat julung-julung kalinya sejak 2012.

Vietnam juga mempunyai kelebihan dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir kerana pasukan itu akan beraksi di padang sendiri apabila menentang Singapura di Stadium Viet Tri di wilayah Phu Tho pada Ahad (29 Dis).

Pasukan yang melayakkan diri daripada peringkat separuh akhir akan berentap dengan Thailand atau Filipina di peringkat akhir.

Kali terakhir Singapura mengalahkan Vietnam adalah di peringkat akhir edisi pertandingan itu pada 1998, yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger.

Kekalahan itu juga bermakna rekod pasukan Singapura yang belum pernah tewas di padang Stadium Jalan Besar sudah berakhir.

Sebelum kekalahan pada Khamis (26 Dis), kali terakhir Singapura kalah di stadium itu adalah semasa perlawanan menentang Chinese Taipei pada 2017.

Perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric diadakan di Stadium Jalan Besar dan bukan di Stadium Negara disebabkan oleh perubahan jadual daripada pihak penganjur.

Sebelum perlawanan bermula, seluruh stadium memberi penghormatan kepada bekas pemain pasukan negara, Adam Swandi, yang pada awal minggu ini mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional pada usia 28 tahun disebabkan oleh kondisi jantung yang dialaminya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita