SG jadi tuan rumah Kejuaraan Catur Dunia 2024
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Singapura mengatasi bidaan New Delhi dan Chennai dari India untuk hak menjadi tuan rumah Kejuaraan Catur Dunia buat kali pertama.
Kejuaraan itu akan berlangsung pada 20 Nov hingga 15 Dis, dan bakal menyaksikan juara bertahan dari China Ding Liren, 31 tahun menentang grandmaster atau jaguh catur dari India Dommaraju Gukesh, yang berusia 18 tahun.
Empat lokasi sedang dipertimbangkan untuk pertandingan di Singapura itu, dengan keputusan muktamad akan dibuat kelak, kata Persekutuan Catur Antarabangsa (Fide) ketika mengumumkan bidaan Singapura yang berjaya itu pada Isnin (1 Jul).
Ini merupakan kali kedua dalam sejarah 138 tahun kejohanan itu diadakan di Asia Tenggara, yang pertama diadakan di Baguio, Filipina, pada 1978.
"Catur bukan sekadar satu permainan dan sukan yang popular; ia sering dilihat sebagai lambang keupayaan minda manusia untuk berfikir secara strategik, merancang dan meramalkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Fide, Emil Sutovsky. "Singapura merangkumi ciri-ciri yang sama ini."
Persekutuan Catur Singapura (SCF) berkata negara ini adalah "lokasi ideal" untuk perlawanan itu, dengan pengalamannya dalam menganjurkan acara sukan dan kebudayaan.
"Kami juga mempunyai komuniti catur yang semakin berkembang di negara ini, dibuktikan dengan peningkatan jumlah penyertaan dalam acara akademik, pendatang baru dalam permainan, serta peningkatan dalam keputusan sukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini,
kata Encik Kevin Goh, Ketua Pegawai Eksekutif SCF, yang membuat bidaan itu dengan kerjasama Sport Singapore serta Lembaga Pelancongan Singapura.
Kejuaraan Dunia Fide diadakan setiap dua tahun. Ia menampilkan juara dunia bertahan dan pencabar, dipilih melalui proses kelayakan yang sampai kemuncaknya dalam Kejohanan Calon, yang merangkumi lapan pemain terbaik dunia.
Ding dan Gukesh, pencabar termuda dalam sejarah kejuaraan itu, akan bersaing untuk merebut mahkota dalam format 14 terbaik.
Acara itu akan disertai dengan acara lain, termasuk kejohanan lain dan permainan pameran.
Butiran lanjut akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.