Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SG intai untuk pikat lebih ramai pemain kompetitif jelang penampilan sulung sukan squasy di Olimpik 2028

Anggaran Waktu Membaca:
SG intai untuk pikat lebih ramai pemain kompetitif jelang penampilan sulung sukan squasy di Olimpik 2028

Pemain squasy negara Au Yeong Wai Yhann (kanan depan) bergambar bersama penyokongnya. (Gambar: CNA/Clara Lee)

SINGAPURA: Pada usia 24 tahun, pemain squasy negara Au Yeong Wai Yhann telah meraih beberapa pencapaian cemerlang dalam kerjaya sukannya.

Beliau merupakan wanita tempatan pertama untuk memenangi sebuah acara di Jelajah Cabaran Persatuan Skuasy Profesional, salah satu kejohanan terbesar dunia bagi pemain baharu, pada September tahun ini.

Menduduki tempat ke-84 dalam senarai dunia, Au Yeong merancang untuk menjadi atlit profesional menjelang Jun tahun depan, terutama sekali memandangkan sukan tersebut bakal ditampilkan di Olimpik 2028 di Los Angeles. Squasy secara rasmi dipilih untuk disertakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Oktober tahun ini.

"Saya mempunyai peluang yang sangat baik dan ia telah menjadi motivasi besar bagi saya untuk benar-benar berusaha mengecapinya. Jadi saya sangat berharap untuk mendapat peluang untuk menyertai (Olimpik itu)," katanya kepada Mediacorp.

Namun, sukan tersebut masih kurang menerima pengiktirafan di Singapura, kata juara negara enam kali dan pemenang pingat Sukan SEA itu. Beliau menambah bahawa apabila berkongsi dengan orang ramai mengenai sukan squasy, sesetengah daripada mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan.

"Dengan dimasukkan di pentas Olimpik, (squasy) akan dipaparkan di mana-mana ... semua orang di dunia akan menontonnya. (Ia diharapkan) dapat menunjukkan betapa sukar sukan tersebut, berapa banyak taktik dan tahap fizikal diperlukan," ujarnya. Beliau turut meluahkan harapan bahawa ia akan memikat ramai lagi anak muda Singapura untuk menceburi sukan tersebut.

MEMBANGUNKAN SKUASY

Alex Wan, pengurus besar Persatuan Raket Skuasy Singapura (SSRA), bersetuju.

"Olimpik benar-benar merupakan kemuncak sukan kompetitif. Jadi ia pasti akan menggalakkan lebih ramai anak muda untuk melihat bahawa terdapat laluan yang lebih panjang untuk sukan ini," katanya.

Terdapat rancangan untuk membangunkan arena squasy tempatan menjelang penampilan sulung sukan tersebut di pentas Olimpik pada 2023.

Persatuan tersebut sedang berusaha untuk menerima penyertaan lebih ramai kanak-kanak, di samping 40 yang ada di bawah program pembangunan juniornya yang dikendalikan bagi mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun.

Sementara itu, ia juga akan mengadakan ujian terbuka tahun depan untuk menarik lebih ramai pemain kompetitif berusia 19 tahun ke atas. SSRA berharap ini akan memberi mereka peluang untuk mengenal pasti pemain yang berpotensi untuk menjadi atlit yang serius.

JADIKAN SQUASY LEBIH MUDAH DIAKSES

Walau bagaimanapun, kurangnya gelanggang, terutama yang boleh diakses oleh orang ramai, masih menjadi satu masalah, kata Encik Wan.

"Buat masa ini, skuasy masih sedikit sebanyak merupakan sukan elit, dan kami tidak mempunyai gelanggang (yang mencukupi) yang boleh diakses oleh orang ramai di kawasan kejiranan.

Namun, SSRA sedang berusaha berunding dengan kelab privet, kondominium dan sekolah bagi membenarkan gelanggang-gelanggang diakses orang ramai, katanya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan