SG buka pusat latihan e-sukan nasional, sasar pingat Sukan Asia
Masyarakat e-sukan Singapura kini mempunyai pangkalan tersendiri serta cita-cita besar untuk dicapai.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Masyarakat e-sukan Singapura kini mempunyai pangkalan tersendiri serta cita-cita besar untuk dicapai.
Sebuah pusat latihan nasional baharu yang dibuka di pusat beli-belah GR.iD di Selegie akan menjadi tumpuan bagi persiapan Sukan Asia tahun ini yang bakal diadakan di Nagoya, Jepun, di mana e-sukan akan dipertandingkan dalam 11 acara.
Dalam jangka lebih panjang, tumpuan akan diberikan kepada penubuhan Kontinjen Team Singapore yang kukuh bagi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2029 yang akan berlangsung di Singapura.
Pusat latihan seluas 600 meter persegi itu dilengkapi dengan lebih 100 stesen permainan serta sebuah arena pertandingan yang boleh menempatkan sehingga 150 penonton.
Ia dilancarkan pada bulan lalu selepas parlimen meluluskan rang undang-undang pada Januari untuk mengiktiraf e-sukan secara rasmi.
Permainan catur dan bridge turut diiktiraf secara rasmi di bawah pindaan Akta Majlis Sukan Singapura, yang mengemas kini peranan Majlis Sukan Singapura untuk menyokong aspirasi sukan yang lebih luas.
Pusat latihan itu dikendalikan oleh Singapore Esports Association (SGEA), persatuan sukan nasional bagi e-sukan.
SUNTIKAN SEMANGAT BAGI PEMAIN BAHARU
Langkah itu dialu-alukan oleh para pemain dan juga bekas pemain.
“Ia agak pahit manis bagi saya kerana saya sudah agak berumur … dianggap tua bagi seorang atlet e-sukan,” kata Encik Benedict Tan, 29 tahun, seorang bekas pemain profesional.
“Kalaulah ia wujud lebih awal ketika saya masih muda. Tetapi saya fikir ini sesuatu yang sangat menarik bagi bakat baharu dan yang sedang berkembang di Singapura. Ia semakin menjadi pilihan kerjaya yang berdaya maju bagi mereka, dan ia sesuatu yang menarik untuk disaksikan,” tambah beliau.
Encik Tan, yang berpengalaman sekitar sedekad dalam industri tersebut, kini menjadi jurulatih di Motiv Esports, sebuah organisasi e-sukan tempatan, di mana beliau membantu membangunkan bakat-bakat dari Singapura dan Malaysia.
Beliau berkata pengiktirafan pemerintah serta liputan media terhadap pencapaian para pemain di luar negara boleh membantu memberi inspirasi kepada generasi seterusnya untuk menceburi e-sukan dengan lebih serius.
TUMPUAN TERHADAP SUKAN ASIA
Dengan Sukan Asia yang bakal berlangsung pada September tahun ini, tidak banyak masa untuk bermula dari awal, kata Presiden SGEA Ng Chong Geng.
Persatuan itu sedang bekerjasama dengan beberapa jurulatih terpilih untuk memilih dan mempersiapkan para pemain bagi pertandingan tertentu di temasya tersebut.
“Bagi beberapa kes, kami juga akan membuka pusingan kelayakan. Dan pasukan yang menang, kami akan berbincang dengan mereka dan jurulatih mereka mengenai proses latihan, serta memastikan mereka bersedia untuk Sukan Asia,” tambah beliau.
Selain latihan peringkat elit, SGEA merancang untuk mengenal pasti bakat lebih muda melalui kem-kem latihan bagi remaja dan kanak-kanak, untuk menilai sama ada mereka boleh berkembang menjadi atlet e-sukan pada masa hadapan.
MEMBINA KE ARAH SUKAN SEA 2029
Dalam jangka lebih panjang, Singapura bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2029, dan SGEA mahu memastikan kedua-dua pasukan dan penyokong bersiap sedia bagi temasya tersebut.
Encik Ng berkata persatuan itu sedang bekerjasama dengan rakan-rakan serantau untuk menyelaraskan acara-acara yang sesuai bagi temasya itu, supaya negara-negara dapat melatih atlet mereka dengan lebih yakin.
Persiapan Singapura juga mesti dimulakan lebih awal, tegas Encik Ng, bermula dengan mengenal pasti acara-acara di mana para pemain negara mempunyai peluang terbaik untuk mengecapi kejayaan.
“Apa yang perlu kami lakukan ialah mengenal pasti acara-acara yang kami percaya (kami) boleh lakukan dengan cemerlang, dan selepas itu mula membina pasukan … Kami mempunyai masa untuk memastikan pasukan yang akan bertanding nanti adalah yang terbaik,” kata beliau.
Selain prestasi, Encik Ng berharap untuk menggalakkan sokongan masyarakat yang lebih kukuh bagi pasukan tempatan.
Persatuan itu juga sedang meneroka usaha akar umbi seperti acara masyarakat dan sesi tontonan bersama bagi menghimpunkan para pemain dan penyokong.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.