Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SG bakal berdepan Thailand, Malaysia dalam kejohanan bola sepak ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Edisi ke-15 Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mitsubishi Electric akan menyaksikan Singapura berentap dengan Malaysia dan juara bertahan Thailand dalam peringkat kumpulan.

Kejohanan serantau dwitahunan itu akan membuka tirainya pada 23 Nov, dengan perlawanan diadakan di padang sendiri atau di padang lawan dengan format pusingan robin sehingga 7 Dis.

Demikian menurut Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada Selasa (21 Mei).

Pesaing-pesaing lain Singapura dalam Kumpulan A juga merangkumi Kemboja dan Brunei ataupun Timor Leste. Brunei dan Timor Leste bakal bersaing dalam perlawanan semula di padang sendiri dan di padang lawan pada 7 Sep dan 14 Sep untuk menempah tempat dalam peringkat kumpulan.

Dalam edisi sebelumnya sukan temasya itu, Singapura gagal untuk melangkah ke pusingan seterusnya daripada peringkat kumpulan.

Vietnam, yang pernah memegang gelaran juara pada 2008 dan 2018, mengintai untuk mempertingkatkan prestasinya daripada 2022, di mana ia berjaya meraih kedudukan naib juara. Pasukan itu dijangka berdepan dengan Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos dalam Kumpulan B.

Dua pasukan terunggul daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan separuh akhir, dengan fasa pertamanya akan diadakan pada 10 dan 11 Dis, dan fasa keduanya pada 13 dan 14 Dis.

Perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 17 dan 21 Dis.

Singapura pernah menjulang trofi Piala AFF empat kali - pada 1998, 2004, 2007 dan 2012.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan