SG bakal berdepan dengan M'sia, Vietnam dalam kejohanan bola sepak Sukan SEA
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Persatuan Bola Sepak Singapura)
SINGAPURA: Singapura akan berdepan dengan Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam dalam kejohanan bola sepak lelaki bagi Sukan Asia Tenggara di Kemboja, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Rabu (5 Apr).
Singapura akan diwakili pasukan kebangsaan lelaki di bawah usia 22 tahun.
Mereka akan memulakan kempen dalam Kumpulan B kejohanan itu dengan perlawanan menentang Thailand pada 30 April.
Ini akan disusuli dengan perlawanan menentang Vietnam pada 3 Mei, Laos pada 6 Mei dan Malaysia pada 11 Mei.
Kesemua empat perlawanan akan berlangsung di Stadium Prince di Phnom Penh.
Kumpulan A kejohanan itu akan menampilkan Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.
Pasukan wanita Singapura pula akan berdepan Laos, Thailand dan tuan rumah Kemboja.
Pasukan wanita itu juga akan memulakan perlawanan dalam Kumpulan B kejohanan itu pada 3 Mei, menentang Thailand.
Ia kemudian akan berdepan dengan Kemboja pada 6 Mei dan Laos pada 9 Mei.
Ketiga-tiga perlawanan itu akan diadakan di Stadium Smart RSN di ibu kota Kemboja.
Kumpulan A bagi kejohanan wanita terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.