Setiausaha Agung FAS Yazeen Buhari letak jawatan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: LinkedIn/Yazeen Buhari)
SINGAPURA: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Yazeen Buhari, akan meletak jawatan pada hujung September ini selepas enam tahun memegang jawatan tersebut.
Pencarian bagi penggantinya juga sudah dimulakan, dedah FAS dalam satu kenyataan pada Jumaat (5 Jul) yang mengumumkan peletakan jawatannya.
“Ia adalah satu keistimewaan untuk mewakili pertubuhan ini, memandangkan betapa besar dan pentingnya peranan ini. Namun selepas berjauhan daripada keluarga selama tujuh tahun, saya membuat keputusan sukar untuk meninggalkan pertubuhan ini," kata Encik Yazeen.
"Saya juga percaya ini adalah masa yang sesuai untuk pentadbiran menjalani perubahan kepimpinan."
Encik Yazeen, 46 tahun,menaiki pangkat kepimpinan di FAS sebanyak dua kali.
Sebelum ini, beliau merupakan pembantu pengarah di Sport Singapore (SportSG) dan pengurus besar Singapore Athletics, sebelum mengambil alih sebagai ketua pembangunan dan perancangan di FAS, sebelum meninggalkan jawatan tersebut untuk menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada lewat 2016.
Sekalipun demikian, selepas kurang setahun di AFC, di mana beliau mengetuai jabatan perancangan dan strateginya, beliau kembali ke bola sepak Singapura sebagai timbalan Setiausaha Agung FAS.
Pada awal 2018, beliau mula menjalankan tugasnya sebagai pemangku setiausaha agung, sebelum disahkan menyandang jawatan itu sembilan bulan kemudian.
Dalam kenyataan FAS, ia memuji Encik Yazeen atas peranan penting yang dilaksanakannya, dengan beberapa usaha penting dalam bola sepak Singapura.
Ini termasuk Unleash the Roar!, inisiatif yang dilancarkan pada 2021 dan pelaksanaan sistem Penolong Pengadil Video (VAR) dalam Liga Perdana Singapura pada 2023.
Presiden FAS Bernard Tan juga meluahkan penghargaannya kepada setiausaha agung itu, yang akan meletak jawatan pada 30 September.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.