Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Serbia, Sepanyol layak ke Piala Dunia 2022, Portugal tergamam

Hasrat Cristiano Ronaldo untuk beraksi dalam lima Piala Dunia masih belum kesampaian selepas Serbia mengejutkan Portugal 2-1 di Lisbon untuk layak ke Piala Dunia 2022.

Anggaran Waktu Membaca:

LISBON: Hasrat Cristiano Ronaldo untuk beraksi dalam lima Piala Dunia masih belum kesampaian selepas Serbia mengejutkan Portugal 2-1 di Lisbon untuk layak ke Piala Dunia 2022.

Sepanyol dan Croatia juga menempah tempat ke Qatar pada Ahad, selepas masing-masing menang 1-0 mengatasi Sweden dan Rusia.

Ronaldo sudah memegang rekod bermain dalam lima Kejohanan Eropah dan dilihat berada di landasan tepat untuk meraih satu lagi pencapaian hebat apabila Portgual membuka jaringan seawal minit ke-2 menerusi Renato Sanches.

Bagaimanapun Serbia bangkit untuk mendominasi separuh masa pertama dengan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Dusan Tadic minit-33 melepasi garisan selepas sepakan Dusan Vlahovic terkena palang.

Ronaldo terus terdiam apabila peluang untuk menjaringkan gol ke-800 dalam kerjayanya gagal menjadi kenyataan.

Aleksandar Mitrovic muncul wira Serbia apabila mencipta gol penting ketika masa semakin menghampiri penghujung.

Hanya setahun lalu, Mitrovic dikecam apabila muncul satu-satunya pemain gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Scotland yang menyaksikan Serbia terlepas saingan Euro 2020.

"Ia perlawanan yang hebat," kata Mitrovic. "Kami adalah pasukan lebih baik dalam setiap aspek perlawanan."

Portugal kini perlu memastikan kemenangan dalam dua perlawanan playoff pada Mac untuk mengekalkan rekod layak ke kejohanan sejak Piala Dunia 1998.

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan