Skip to main content

Sukan

Serangan pengganas Christchurch: Ahli sukan berdukacita

Serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat (15 Mac) yang meragut nyawa seramai 49 orang tidak berdosa mengejutkan dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan pengganas Christchurch: Ahli sukan berdukacita

Bunga-bunga diletakkan di luar Masjid Wellington di Kilbirnie di Wellington menyusuli serangan pengganasan di Masjid Al Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand. (Gambar: Marty Melville/AFP)

Diterbitkan : 16 Mar 2019 02:31PM Dikemas Kini : 16 Mar 2019 09:59PM

CHRISTCHURCH: Serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat (15 Mac) yang meragut nyawa seramai 49 orang tidak berdosa mengejutkan dunia.

Mangsa-mangsa serangan pengganas amat kejam itu merupakan orang-orang Muslim dari merata dunia, menunjukkan kesan global serangan tersebut.

Masyarakat sedunia turut mengecam tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu. Ini termasuk individu-individu terkenal seperti bintang UFC, Khabib Nurmagomedov yang amat terkesan secara emosi dengan insiden tersebut.

Menulis di laman Twitternya, jaguh MMA Rusia itu meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tragedi yang menimpa umat Islam di bandar Christchurch.

"Allah lebih mengetahui daripada kita, kesabaran untuk semua," tulisnya.

Dalam video yang dimuatnaikkan ke laman Instagramnya, Williams, seorang rakyat New Zealand berusia 33 tahun, turut menyampaikan takziah kepada keluarga para mangsa.

Williams, yang memeluk agama Islam pada 2009, berkata: "Saya baru sahaja menerima berita itu dan saya tidak mempunyai kata-kata. Hanya ingin menyampaikan doa kepada keluarga para mangsa.

"Saya amat, amat sedih bahawa insiden sebegini boleh berlaku di New Zealand."

Menurut agensi berita AFP, seramai 39 orang dirawat di hospital kerana mengalami luka tembakan dan kecederaan lain akibat serangan tersebut.

Mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, yang berada dalam keadaan tenat.

Sementara itu, pengganas yang dikenal pasti sebagai Brenton Tarrant, seorang rakyat Australia berusia 28 tahun, dihadapkan ke mahkamah hari ini (16 Mac) atas tuduhan membunuh.

Lelaki itu ditahan hingga dia dijadual dibicarakan lagi pada 5 April.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita