Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Seragam penuh pasukan gimnastik Jerman curi tumpuan

Ahli gimnastik wanita Jerman mencuri tumpuan orang ramai dalam sesi latihan sebelum bersaing di Sukan Olimpik Tokyo dengan penampilan yang sangat berbeza.

Anggaran Waktu Membaca:
Seragam penuh pasukan gimnastik Jerman curi tumpuan

Ahli gimnastik Jerman Sarah Voss bersaing di kejuaraan Eropah di Basel, Switzerlan pada April lalu. (Gambar: AFP via Getty Images)

Diterbitkan : 24 Jul 2021 01:48PM Dikemas Kini : 24 Jul 2021 01:51PM

TOKYO: Ahli gimnastik wanita Jerman mencuri tumpuan orang ramai dalam sesi latihan sebelum bersaing di Sukan Olimpik Tokyo dengan penampilan yang sangat berbeza.

Ini setelah mereka menggunakan seragam penuh ketika turun ke gelanggang.

Pakaian tradisional sukan gimnastik tidak lagi digunakan pasukan Jerman apabila menyarung seragam yang menutup hingga ke bahagian buku lali, lapor Astro Arena.

Meskipun berlainan berbanding sebelum ini, seragam itu tetap dicipta dengan keselesaan menjadi keutamaan serta tidak menghalang sebarang pergerakan ketika melakukan rutin.

Ia telah disifatkan oleh Persekutuan Gimnastik Jerman (DTB) April lalu sebagai langkah "menentang subjek seksual dalam gimnastik".

DTB menyatakan seragam itu adalah "untuk mempersembahkan segi estetik - tanpa rasa tidak selesa".

Ia turut menerima sambutan positif sewaktu digunakan para ahli gimnastik Jerman di Kejuaraan Eropah di Basel, Switzerland. 

Elisabeth Seitz, 27 tahun, yang bakal bersaing dalam Sukan Olimpik buat kali ketiga, berkata kepada Reuters:

"Kami ingin menunjukkan bahawa setiap wanita, semua orang, harus memutuskan apa yang mereka berhak pakai.

"Ramai yang bersifat positif mengenainya. Namun selepas Kejuaraan Eropah, tempoh terlalu singkat untuk pasukan lain menghasilkan seragam sebegini. Mungkin di masa hadapan. Kami sangat berharap demikian."

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.

Sumber : Agensi berita/REUTERS/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan