Sepanyol juara Euro 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
BERLIN: Permain gantian, Mikel Oyarzabal menjaringkan gol empat minit sebelum tamat perlawanan untuk memastikan kemenangan 2-1 Sepanyol ke atas England dalam perlawanan akhir Euro 2024 pada awal pagi Isnin (15 Jul).
Kemenangan itu menjadi kejuaraan Eropah keempat buat pasukan La Roja manakala England terus kempunan kalah dalam dua perlawanan akhir berturut-turut.
Oyarzabal yang menerima umpanan Marc Cucurella ketika serangan balas pantas untuk menjaringkan gol kemenangan Sepanyol memastikan rentak cemerlang memenangi kesemua tujuh perlawanan yang diharungi mereka dalam kejohanan tersebut.
Separuh masa pertama berlangsung agak hambar dengan Sepanyol mempunyai lebih banyak penguasaan dan lawan mereka mendapat satu-satunya percubaan tepat ke sasaran.
Namun, segalanya berubah pada separuh masa kedua dengan Sepanyol hanya memerlukan dua minit untuk memecahkan kebuntuan gol.
Pemain remaja sensasi Sepanyol, Lamine Yamal melakukan hantaran sempurna untuk pemain sayap Nico Williams menjaringkan gol pertama pada minit ke-47.
Selepas itu, Sepanyol mempunyai beberapa peluang keemasan dan siri serangan berbahaya yang mengancam kubu pertahanan England.
Pengurus England, Gareth Southgate melakukan pertukaran dengan memasukkan Ollie Watkins dan Cole Palmer dan hasilnya penyerang Chelsea itu berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-73.
Namun, Sepanyol tetap tenang untuk menjaringkan gol kemenangan melalui pemain gantian, Oyarzabal pada minit ke-86.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.