Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sepanyol belasah Romania 5-0; namun masa depan Robert Moreno masih kabur

Sepanyol menamatkan kempen kelayakan Euro 2020 dengan berpesta gol 5-0 ke atas Romania di padang sendiri pada Selasa, sedang spekulasi membabitkan masa depan ketua jurulatihnya, Robert Moreno terus menjadi tanda tanya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sepanyol belasah Romania 5-0; namun masa depan Robert Moreno masih kabur

(Gambar: Javier Barbancho/Reuters)

Diterbitkan : 19 Nov 2019 10:50AM Dikemas Kini : 19 Nov 2019 10:54AM

MADRID: Sepanyol menamatkan kempen kelayakan Euro 2020 dengan berpesta gol 5-0 ke atas Romania di padang sendiri pada Selasa, sedang spekulasi membabitkan masa depan ketua jurulatihnya, Robert Moreno terus menjadi tanda tanya.

Media Sepanyol sebelum ini melaporkan bahawa bekas jurulatih, Luis Enrique dijangka akan menyandang semula jawatan yang sebelum ini ditinggalkannya atas urusan peribadi.

Dalam perlawanan itu, Fabian Ruiz membuka tirai jaringan pada minit kelapan sebelum Gerard Moreno menjaringkan dua gol diikuti dengan jaringan gol sendiri oleh pemain Romania, Adrian Rus sebelum masa rehat. Gol kelima tuan rumah dijaringkan Mikel Oyarzabal dalam masa kecederaan babak kedua.

Kedudukan Moreno menjadi tanda tanya selepas beberapa laporan media menyatakan bahawa beliau tidak akan memimpin pasukan negaranya di Euro 2020 pada tahun depan.

Menurut laporan itu lagi, Luis Enrique mungkin kembali menggalas tugas sebagai jurulatih setelah melepaskan jawatan itu pada Jun lalu selepas anak perempuannya, Xana menghidap barah dan meninggal dunia pada September.

Moreno, yang juga pembantu jurulatih Enrique tidak menghadiri sidang media selepas perlawanan tersebut, manakala para pemain pula tidak dapat mengesahkan sama ada beliau akan meneruskan tugasnya ataupun tidak.

“Akhirnya tiada apa yang kami boleh lakukan, kami hanya perlu fokus kepada latihan dan melakukan yang sebaik mungkin. Kami menyokong jurulatih dan kakitangannya,” kata penyerang, Gerard Moreno.

Pemain tengah Saul Niguez berkata: “Kami tidak tahu-menahu, saya tidak boleh membuat spekulasi. Kerja Robert sudah terbukti di padang dan kami semua berpuas hati dengannya.”

Sementara itu, jurulatih Romania, Cosmin Contra mengesahkan beliau tidak akan meneruskan tugasnya selepas kontraknya berakhir pada Disember ini. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan