Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sepakan penyerang Brazil Richarlison dipilih sebagai gol terbaik Piala Dunia 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Sepakan penyerang Brazil Richarlison dipilih sebagai gol terbaik Piala Dunia 2022

Pemain penyerang pasukan Brazil Richarlison beraksi ketika perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 antara Croatia dan Brazil di Stadium Education City di Al-Rayyan.(Gambar: Adrian Dennis/ AFP)

ISTANBUL: Sepakan akrobatik Richarlison ketika menentang Serbia diundi sebagai gol terbaik Piala Dunia 2022.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan demikian pada Jumaat (23 Dis).

Peminat memilih sepakan Richarlison sebagai yang terbaik dalam kalangan 10 pencalonan, termasuk jaringan Neymar menentang Croatia, gol Kylian Mbappe menentang Poland dan jaringan Enzo Fernandez menentang Mexico, lapor Agensi Anadolu.

Penyerang berusia 25 tahun itu berjaya menjaringkan tiga gol dalam kejohanan Piala Dunia di Qatar yang menutup tirainya pada Ahad lalu (18 Dis).

Richarlison menjaringkan dua gol dalam aksi pembukaan Kumpulan G menentang Serbia dan turut meledakkan gol pada pusingan 16 terbaik menentang Korea Selatan.
Sumber : Bernama/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan