Skip to main content

Sukan

Seoul, Dubai antara tuan rumah acara Festival Peminat Antarabangsa sempena Piala Dunia Qatar 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Seoul, Dubai antara tuan rumah acara Festival Peminat Antarabangsa sempena Piala Dunia Qatar 2022

(Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 11 Oct 2022 05:44PM Dikemas Kini : 11 Oct 2022 05:45PM
ZURICH: Enam bandar raya di seluruh dunia dipilih sebagai tuan rumah acara Festival Peminat Antarabangsa sempena Piala Dunia di Qatar, menurut pengumuman FIFA pada Isnin (10 Okt).

Festival Peminat FIFA akan berlangsung di London, Mexico, Rio de Janerio, Sao Paulo, Seoul dan Dubai, selain festival peminat utama di Al Bidda Park di Doha, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Pesta di Qatar akan memberikan pengalaman indah kepada peminat untuk menikmati suasana bola sepak, muzik, makanan lazat dan pengalaman budaya yang unik.

Semua acara Festival Peminat FIFA antarabangsa akan menayangkan siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 serta pelbagai aktiviti termasuk persembahan DJ antarabangsa popular, pemuzik dan artis tempatan dan penampilan Legenda FIFA.

Acara terpilih akan menggunakan audio 4D yang memperdengar bunyi dari perlawanan di Qatar ke lokasi tempatan.

Peminat berpeluang melihat kandungan eksklusif dari negara tuan rumah menerusi saluran digital FIFA, terutama FIFA+ yang berfungsi sebagai platform utama bagi kandungan digital.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita