Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

'Semuanya tidak menjadi,' luah Ancelotti selepas Real tewas kepada Sheriff Tiraspol

Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, kecewa dengan salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah (UCL), dengan pengurus kelahiran Itali itu percaya pasukan pimpinannya tidak sepatutnya tewas kepada pendatang baru Sheriff Tiraspol.

Anggaran Waktu Membaca:
'Semuanya tidak menjadi,' luah Ancelotti selepas Real tewas kepada Sheriff Tiraspol

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Sep 2021 12:46PM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 12:49PM

MADRID: Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, kecewa dengan salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah (UCL), dengan pengurus kelahiran Itali itu percaya pasukan pimpinannya tidak sepatutnya tewas kepada pendatang baru Sheriff Tiraspol.

Sheriff mencetuskan kejutan di Santiago Bernabeu, di mana pasukan yang membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara Eropah dan pelawat dari Moldova itu merekodkan kemenangan 2-1 awal pagi tadi (29 Sep).

Jasurbek Yakhshiboev membuka jaringan menerusi tandukannya yang bertenaga sebelum Karim Benzema menyamakan kedudukan buat Real.

Bagaimanapun, percubaan Sebastien Thill pada minit ke-89 memastikan tiga mata buat pasukan pelawat itu dalam perlawanan sengit di Madrid.

Los Blancos melakukan 31 percubaan, menemui sasaran 11 kali dan merekodkan 75 peratus kawalan permainan, manakala Sheriff pula hanya melakukan empat percubaan dan berjaya meraih kemenangan di padang lawan.

Keputusan itu menyaksikan Real di tangga kedua dalam Kumpulan D, tiga mata di belakang Sheriff, yang memenangi dua perlawanan dalam pertandingan tersebut.

"Lebih daripada bimbang, kami bersedih," kata Ancelotti.

"Kami bermain dengan intensiti dan kelihatan amat baik. Kami tewas pun kerana perkara yang terlalu remeh, walaupun telah bermain dengan baik.

"Kami gagal menyempurnakan gerakan ketika menyerang tetapi sukar untuk menjelaskan sebab kami tewas. Kami gagal merebut peluang untuk mendapatkan tiga mata dan persaingan dalam kumpulan ini masih lagi terbuka. Kami perlu memenangi perlawanan seterusnya," tegas Ancelotti. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan