Semua pengarah Lembaga Gimnastik AS letak jawatan selepas skandal seks
Semua anggota Lembaga Gimnastik Pengarah Amerika akan meletak jawatan akhir bulan ini, menyusuli skandal penderaan seks melibatkan bekas doktor pasukan nasional negara itu, Larry Nasser.
CHICAGO: Semua anggota Lembaga Gimnastik Pengarah Amerika akan meletak jawatan akhir bulan ini, menyusuli skandal penderaan seks melibatkan bekas doktor pasukan nasional negara itu, Larry Nasser.
Sebelum itu Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat (USOC) mengeluarkan arahan supaya kesemua 18 anggota Lembaga itu meletak jawatan atau kehilangan status sebagai badan pentadbir sukan.
Nassar, dijatuhi hukuman penjara antara 40 hingga 175 tahun kerana mencabuli kehormatan para atlit muda.
Lima pengarah lembaga gimnastik itu sudahpun meletak jawatan.
Para pengarah yang lain pula akan meletak jawatan dalam masa beberapa hari akan datang.
Dua pegawai Universiti Michigan State, termasuk Pengarah Atletik, Mark Hollis turut meletak jawatan menyusuli laporan universiti itu dimaklumkan mengenai penderaan tersebut, tetapi gagal bertindak.
Nassar bertugas di universiti tersebut dari 1997 hingga 2016.
Dia berkhidmat sebagai penyelaras perubatan nasional bagi pasukan Gimnastik Amerika dari 1996 hingga 2014.
Hampir 160 wanita menuduh Nassar mencabul kehormatan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.