Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Semua hasil ujian 'negatif'; perenang Amanda Lim bertegas beri tumpuan kepada Sukan Olimpik

Amanda Lim, yang diberi amaran keras oleh CNB, kekal fokus menjadi "wanita pertama Singapura" layak bagi ukur tara "A" Sukan Olimpik Paris 2024.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Aug 2022 07:41PM Dikemas Kini : 31 Aug 2022 09:41PM
SINGAPURA: Perenang negara, Amanda Lim, yang diberi amaran keras oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) berhubung penggunaan dadah kanabis atau ganja, hari ini (31 Ogos) menegaskan bahawa dia kekal fokus untuk menjadi "wanita pertama Singapura" layak bagi ukur tara "A" bagi Sukan Olimpik Paris 2024.

Buat masa ini, belum ada perenang Singapura yang pernah layak ke Olimpik menerusi ukur tara tersebut.

Lim memberitahu Mediacorp, dia sudah bekerja keras dan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa relevan di Singapura, termasuk semua ujian dadah yang menunjukkan dia "negatif".

Lim, yang pernah memenangi 11 pingat emas Sukan SEA, menyatakan dia akan terus bekerjasama dengan Majlis Sukan Singapura (SSC) dan Persatuan Renang Singapura mengenai langkah selanjutnya.

Lim bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan Mediacorp sama ada dia mengaku mengambil ganja.
 
Sumber : CNA/DY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan