Sekolah Menengah Meridian akan berdepan dengan SJI dalam peringkat akhir perlawanan bola sepak Divisyen 'C' NSG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekolah Menengah Meridian mara ke peringkat akhir dalam perlawanan bola sepak Divisyen 'C' dalam Sukan Sekolah Nasional (NSG).
Ini selepas mereka berjaya menewaskan Sekolah Menengah Tanjong Katong melalui tendangan penalti 4-3 dalam peringkat separuh akhir yang dijalankan di Stadium Jalan Besar pada Rabu (31 Jul).
Semasa perlawanan itu, Sekolah Menengah Meridian mendapat beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun gagal.

Penyerang Sekolah Menengah Tanjong Katong, Putera Nur Muhammad Irfan Ismail memukau dan memberi saingan hebat namun kerja kerasnya tidak berhasil.
Kedudukan kekal seri tanpa jaringan sepanjang 60 minit perlawanan dan dibawa ke masa tambahan.
Meridian akhirnya menang 4-3 menerusi penentuan penalti.
Naib Kapten pasukan Sekolah Menengah Meridian, Muhd Zikry Muhd Yazid berkata: "Perlawanan ini sangat intensif, kita lakukan yang terbaik dan menang menerusi penalti. Kami selalu latih bersama dan bekerjasama sebagai satu pasukan."
"Kekuatan mental kami sangat kuat, lalui semuanya dan tidak membenarkan pihak lawan untuk atasi mental kita," tambah Zikry lagi.
Kemenangan itu bermakna bahawa Sekolah Menengah Meridian bermain setiap perlawanan dalam peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir tanpa gawang mereka dibolosi.
Meskipun tidak mendapat keputusan yang diinginkan, Putera yang merupakan penerima biasiswa luar negara di bawah projek Unleash The Roar! (UTR) bangga dengan prestasi pasukannya.
Putera berkata: "Saya rasa kami bermain dengan baik, menghantar bola, masuk dalam kotak penalti, tetapi kami tidak ada nasib. Sepanjang NSG, pasukan kami banyak berkomunikasi. Kita boleh menang, ada beberapa peluang."
Sekolah Menengah Meridian bakal berentap dengan St Joseph's Institution (SJI) di peringkat akhir pada 14 Ogos ini di Hab Sukan Singapura.
SJI mara ke peringkat akhir selepas mengalahkan Sekolah Assumption English 7-0 pada Selasa (30 Jul).
Sekolah Menengah Tanjong Katong pula akan bermain dalam perlawanan kedudukan ketiga dan keempat menentang Sekolah Assumption English pada 12 Ogos ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.