Schooling pecah rekod nasional; S'pura raih 2 pingat Piala Dunia FINA
Joseph Schooling memecahkan dua rekod nasional selepas meraih dua pingat di Piala Dunia FINA.
Joseph Schooling raih pingat gangsa di Piala Dunia FINA. (Gambar: Simone Castrovillari/ Persatuan Renang Singapura)
SINGAPURA: Joseph Schooling memecahkan dua rekod nasional selepas meraih dua pingat di Piala Dunia FINA.
Schooling mencatat rekod baru nasional selepas meraih pingat gangsa dalam acara 50 meter gaya kupu-kupu dan mencatat rekod nasional (22.40 saat). Beliau bagaimanapun dikalahkan Vladimir Morozov dari Rusia dan Michael Andrew dari Amerika Syarikat yang masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dengan mencatat masa 22.17 saat dan 22.32 saat.
Namun, atlit berusia 23 tahun itu tidak menyerah kalah dan kemudian, bersama Team Singapore - yang dianggotai Roanne Ho, Teong Tzen Wei dan Amanda Lim - merangkul pingat perak dalam acara renang berganti-ganti 4x50 meter rampaian dengan mencatat masa 1:42.21 saat.
Semasa gilirannya, Schooling memecahkan satu lagi rekod - kali ini dalam acara 50 meter kuak lentang - dengan masa 24.08 saat.
"Saya sangat gembira. Satu rekod baru nasional bagi kuak lentang. Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan. Ia satu pencapaian baru. Saya sangat teruja," kata Schooling.
Australia menang tempat pertama dengan mencatat masa 1:39.79 saat sementara Hong Kong menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 1:43.30 saat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.