Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Schooling catat masa terpantas kelayakan pusingan akhir 50m gaya kupu-kupu

Juara Olimpik Joseph Schooling hanya mempunyai lima jam untuk tidur sebelum perlu bersiap sedia pagi tadi (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Schooling catat masa terpantas kelayakan pusingan akhir 50m gaya kupu-kupu

Perenang negara, Joseph Schooling. (Gambar fail: Sport Singapore)

Diterbitkan : 23 Aug 2018 04:27PM Dikemas Kini : 23 Aug 2018 04:30PM

JAKARTA: Juara Olimpik Joseph Schooling hanya mempunyai lima jam untuk tidur sebelum perlu bersiap sedia pagi tadi (23 Ogos).

Ini selepas beliau bertanding dalam dua pusingan peringkat akhir Sukan Asia 2018 petang semalam (22 Ogos) - di mana beliau meraih pingat emas dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu dan membantu pungutan pingat gangsa menerusi acara 4x100 meter gaya bebas lelaki.

Hanya beberapa jam selepas itu, atlit itu perlu kembali beraksi di kolam renang tepat pada jam 9.00 pagi (waktu tempatan), bagi pusingan saringan acara 50 meter gaya kupu-kupu. Jika beliau lelah sekalipun, ia nampaknya tidak menjadi hambatan bagi Schooling dan ini terbukti selepas beliau mencatat masa kelayakan terpantas, 23.84 saat.

Rakan sepasukan Schooling, Teong Tzen Wei mencatat masa 24.28 saat dan berada di kedudukan kesembilan. Beliau gagal untuk mara ke peringkat akhir.

Mengulas tentang prestasinya dalam pusingan itu, Schooling berkata: "Ia memuaskan. Memang sukar untuk bangun pada waktu pagi kebelakangan hari ini tetapi yang penting adalah saya mendapat tempat dalam peringkat akhir. Saya nanti-nantikan ini, ia akan menyeronokkan."

Schooling mengatakan bahawa "sukar" baginya kerana hanya dapat berehat pada jam 1.00 pagi dan perlu bangun pada sekitar 6.00 pagi bagi membuat persiapan untuk pusingan saringan.

"Ia memang sukar tetapi kadangkala perlu anda alami. Ia memang perkara biasa dalam acara seperti ini. Saya dapatkan urutan, mandi, dan mengambil banyak kafeina semalam.

"Saya minum empat cawan kopi semalam jadi saya sukar untuk tidur, tetapi tidak mengapa, perlunya pusingan ini bagi melayakkan diri ke peringkat akhir dan itu yang saya lakukan jadi semuanya baik-baik sahaja." tambahnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan