Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

'Saya minta maaf,' luah Joseph Schooling setelah akui ambil ganja di luar negara

Anggaran Waktu Membaca:
'Saya minta maaf,' luah Joseph Schooling setelah akui ambil ganja di luar negara

(Gambar fail: Jonathan Nackstrand/AFP)

SINGAPURA: Pemenang pingat emas Olimpik Joseph Schooling memohon maaf setelah mengakui telah mengambil ganja semasa berada di luar negara pada Mei lalu.

"Saya minta maaf, tindakan saya itu telah menyakiti semua orang di sekeliling saya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (30 Ogos).

Berikut adalah kenyataan penuhnya:

"Saya minta maaf kerana tindakan saya telah menykiti semua di sekeliling saya, terutama sekali keluarga saya dan peminat muda yang melihat saya sebagai peran contoh.

"Saya telah membuat keputusan yang salah ketika melalui tempoh yang sangat mencabar dalam hidup saya. Saya membuat pertimbangan yang tidak bijak dan saya minta maaf.

"Saya membuat kesilapan dan saya bertanggungjawab atas kelakuan saya. Saya akan membetulkan apa yang salah dan tidak akan mengecewakan anda lagi."
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan