"Saya masih memikirkannya," kata Joseph Schooling mengenai masa depannya dalam sukan renang
Anggaran Waktu Membaca:

Joseph Schooling bertanding di Kejohanan Terbuka Asia Pertubuhan Triatlit Profesional (PTO) pada Ahad (20 Ogos). (Gambar: Pertubuhan Triatlit Profesional)
SINGAPURA: Sejurus selepas berenang sejauh 2 kilometer di Marina Bay pada Ahad (20 Ogos), Joseph Schooling ditanya soalan di fikiran ramai orang iaitu "Bilakah pertandingan beliau seterusnya?".
“Saya baru sahaja menamatkannya,” kata bekas juara Sukan Olimpik itu sambil ketawa. "Saya belum boleh katakan, saya tidak tahu. Saya berasa teruja untuk mengekalkan rejim kecergasan ini, rejim latihan ini, kita nantikan kelak."
Bercakap kepada para wartawan selepas bertanding di Kejohanan Terbuka Asia Pertubuhan Triatlit Profesional (PTO) yang julung kalinya diadakan di sini, Schooling berkata beliau masih memikirkan tentang masa depannya.
"Saya masih memikirkannya. Saya agak yakin yang saya akan dapat memberikan jawapan yang lebih jelas tidak lama lagi. Tetapi buat masa ini, saya setakat menikmati keadaan sekeliling, sambil mengingatkan diri saya betapa seronoknya untuk bertanding," katanya.
Atlit berusia 28 tahun itu adalah sebahagian daripada pasukan yang bersaing dalam perlumbaan triatlon "amatur berpengalaman" sejauh 100 kilometer yang terdiri daripada acara renang sejauh 2 kilometer, acara berbasikal sejauh 80 kilometer dan larian sejauh 18 kilometer. Lima pasukan yang terdiri daripada atlit Team Singapura termasuk Schooling turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Hari ini merupakan hari kedua Kejohanan Terbuka Asia PTO, dengan atlit Australia Ashleigh Gentle memenangi acara triatlon pro Wanita pada Sabtu.
"SEMESTINYA IA MENGECEWAKAN"
Awal bulan ini, telah disahkan bahawa Schooling tidak akan bertanding di Sukan Asia yang akan berlangsung di Hangzhou.

Beliau telah dikecualikan daripada senarai muktamad atlit yang akan mewakili Team Singapore di Sukan Asia yang akan berlangsung dari 23 Sep hingga 8 Okt. Kontinjen Team Singapore yang terdiri daripada 431 atlit diumumkan pada Sabtu (5 Ogos).
"Tentu sekali mengecewakan ... Seperti Sukan SEA dan Sukan Asia, saya rasa mana-mana pertandingan yang anda tidak bertanding, ia pasti sesuatu yang mengecewakan anda," luah Schooling.

Menurut Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), para atlit negara akan bertanding dalam 32 sukan. Kontinjen kali ini juga yang terbesar bagi Singapura di Sukan Asia.
Sukan Asia pada asalnya dijadual berlangsung pada 2022 tetapi ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.