Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

"Saya lelaki bertuah - Mbappe dinobat Pemain Terbaik Tahunan

Bintang Perancis dan Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan pada Majlis Anugerah Dubai Globe Soccer pada Isnin (27 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya lelaki bertuah - Mbappe dinobat Pemain Terbaik Tahunan

Bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan di Majlis Anugerah Dubai Globe Soccer. (Gambar: AFP)


DUBAI: Bintang Perancis dan Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan pada Majlis Anugerah Dubai Globe Soccer pada Isnin (27 Dis).

Penyerang berusia 23 tahun itu, mengatasi pemenang enam kali, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Mohamed Salah, Karim Benzema dan Robert Lewandowski.

Pada majlis anugerah edisi ke-12 yang berlangsung di Hotel Armani itu, Lewandowski, Ronaldo dan Ronaldinho antara pemain yang turut mendapat pengiktirafan.

Mbappe mendahului senarai penjaring Ligue 1 musim lalu dengan 27 gol ketika PSG menamatkan saingan di tangga kedua di belakang Lille dan membantu Perancis menang Liga Negara-Negara UEFA.

"Saya lelaki bertuah. Saya bermain dalam pasukan yang hebat, saya juga bermain dalam pasukan negara yang hebat. Satu-satunya cara ialah menang, menang dan terus dahagakan kemenangan lagi.

"Itu moto saya....Saya beri tumpuan pada masa depan, saya mahu memenangi trofi penting untuk negara saya dan kelab saya," katanya yang menyumbang 42 gol bagi PSG pada musim lalu.

Lewandowski, 33, pula memenangi Anugerah Diego Maradona dan Anugerah Peminat di majlis yang sama.

Penyerang Poland itu muncul penjaring terbaik sepanjang tahun apabila meledak 69 kali bersama Bayern Munich pada 2021.

Sementara itu sensasi Manchester United, Ronaldo memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman manakala pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci dinobatkan Pertahanan Terbaik Tahunan.

Chelsea pula menerima Anugerah Kelab Bola Sepak Terbaik Lelaki dan juara Eropah, Itali pula dinobatkan Pasukan Kebangsaan Terbaik Tahunan.
 

Sumber : Agensi berita/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan