Salah kritik UEFA tidak nyatakan sebab kematian pemain Suleiman al-Obaid
Anggaran Waktu Membaca:
Pemain bola sepak dari Mesir, Mphamed Salah. (Gambar fail: Reuters)
ISTANBUL: Bintang bola sepak Mesir, Mohamed Salah menyelar sikap berdiam diri Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berhubung kematian seorang bekas pemain pasukan kebangsaan Palestin.
Suleiman al-Obaid terbunuh Rabu lalu (6 Ogos) akibat serangan Israel ketika menunggu bantuan kemanusiaan di Gaza.
Ketika mengumumkan pemergiannya, UEFA menyucapkan selamat tinggal kepada al-Obaid, yang digelar "Pele Palestin."
Ia turut menyifatkan bakat al-Obaid sebagai memberi harapan kepada ramai kanak-kanak, walaupun pada waktu yang paling sukar.
Kenyataan itu bagaimanapun langsung tidak menyebut bagaimana beliau meninggal dunia.
Salah secara lantang mengkritik ucapan perpisahan UEFA kepada al-Obaid dan mempersoalkan mengapa punca kematian tidak dinyatakan.
Menurut pegawai Palestin, lebih 800 atlet terbunuh di Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Oktober 2023.
Persatuan Bolasepak Palestin dalam satu kenyataan menyatakan bahawa bekas pemain pasukan kebangsaan itu telah syahid dalam serangan ketika menunggu bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Al-Obaid, 41 tahun, yang dilahirkan di Gaza dan bapa kepada lima anak, dianggap sebagai salah seorang daripada bintang paling bersinar dalam sejarah bola sepak Palestin.
Beliau bermain dalam 24 perlawanan rasmi untuk pasukan kebangsaan dan menjaringkan dua gol.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.