Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah dinobat Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional 2022

Anggaran Waktu Membaca:

ANKARA: Bintang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) 2022 pada Khamis (8 Jun).

"Salah membawa pulang Anugerah Pemain Terbaik PFA," kata PFA di laman webnya, menambah anugerah itu dimenangi buat kali kedua dalam kerjaya bintang bola sepak itu.

Menjadi pemain Liverpool sejak 2017, Salah sebelum ini memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA 2018, menurut Agensi Anadolu.

Kelabnya Liverpool turut memberi penghormatan kepada pemain berusia 29 tahun itu di atas anugerah itu.

"Pemain Terbaik PFA...Tahniah, Mohamed Salah," ciap penyokong pasukan The Reds di Twitter.

"Memenangi trofi merupakan satu penghormatan, sama ada secara individu atau kolektif, dan anugerah ini sangat besar, saya sangat gembira dan berbangga dengannya. Apatah lagi diundi oleh pemain.  Ia membuktikan bahawa anda telah berusaha gigih dan meilhat hasilnya," ia memetik Salah.

Salah menjaringkan 23 gol dalam 35 penampilan Liga Perdana Inggeris pada musim 2021-22, dengan Liverpool menduduki tempat kedua.

Manchester City dinobatkan sebagai juara 2022 selepas mereka meraih 93 mata dalam 38 perlawanan. Saingan terdekat mereka, Liverpool, mengumpul 92 mata.

Sementara itu, pemain tengah England Manchester City, Phil Foden, 22, memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA buat kali kedua berturut-turut.

Foden, yang sebelum ini merangkul anugerah itu pada 2021, menjaringkan sembilan gol dalam 28 perlawanan Liga Perdana untuk membantu Man City memenangi kejuaraan liga 2022.

Sumber : Bernama/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan