Saifullah mungkin anak S'pura pertama beraksi di padang bola Sepanyol
Seorang pemain bola sepak kebangsaan di bawah usia 21 tahun, Saifullah Akbar, mungkin menjadi warga pertama Singapura beraksi di Sepanyol.
SINGAPURA: Seorang pemain bola sepak kebangsaan di bawah usia 21 tahun, Saifullah Akbar, mungkin menjadi warga pertama Singapura beraksi di Sepanyol.
Beliau akan memulakan ujian 12 hari dengan kelab Tenerife minggu depan selepas dipilih oleh tiga kelab Sepanyol sebelum ini. Tenerife merupakan kelab yang sudah beraksi dalam La Liga Sepanyol selama lebih 30 musim.
Saifullah Akbar pernah bermain untuk pasukan Tampines Rovers pada 2016.
Terdahulu, Saifullah turut menjalani latihan dengan kelab Perancis, FC Metx dan kelab Newcastle Jets di Australia.
Saifullah baru saja menamatkan Perkhidmatan Negara dan gembira kini boleh menumpukan perhatian kepada kerjaya bola sepaknya.
Menurut Pengarah Urusan La Liga Asia Tenggara, Ivan Codina, jika Saifullah berjaya menandatangani kontrak dengan Tenerife, ia akan membuktikan bakat yang boleh dihasilkan Singapura. Bagaimanapun, Saifullah perlu mendapatkan permit kerja sekiranya ditawarkan kontrak.
Tahun lalu, seorang lagi pemain negara, Hariss Harun yang dipinjamkan ke kelab Sepanyol, CE L’Hospitalet gagal mendapat visa.
Namun, permohonan permit kerja Saifullah disokong pihak kelab dan La Liga juga akan menyokongnya sebagai Duta Bola Sepak Asia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.