Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SAFRA, McDonald's bakal siarkan perlawanan Piala Dunia 2018

SAFRA, misalnya, memberitahu Mediacorp hari ini (26 Apr) bahawa ia akan menyiarkan perlawanan bola sepak itu di semua kelabnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
SAFRA, McDonald's bakal siarkan perlawanan Piala Dunia 2018

(Gambar: REUTERS/Sergei Karpukhin/File Photo)

Diterbitkan : 26 Apr 2018 04:47PM Dikemas Kini : 26 Apr 2018 08:59PM

SINGAPURA: Selepas berita tentang tiga syarikat penyiar tempatan yang akan menayangkan Piala Dunia 2018 di Singapura, pertubuhan-pertubuhan lain di negara ini juga mula mendedahkan rancangan untuk melakukan yang sama. Ini termasuk SAFRA dan McDonald's.

SAFRA, misalnya, memberitahu Mediacorp hari ini (26 Apr) bahawa ia akan menyiarkan perlawanan bola sepak itu di semua kelabnya. Anggota kelab tersebut juga boleh menerima "pek istimewa dan menikmati tempat duduk eksklusif bagi anggota khas" semasa siaran langsung perlawanan, menurut SAFRA.

Ia bagaimanapun tidak akan menyiarkan semua perlawanan, jelas SAFRA.

SAFRA sebelum ini pernah menyiarkan perlawanan di empat kelabnya semasa Piala Dunia 2014.

SAFRA juga menyatakan para penjual makanan dan minuman (F&B) akan mengadakan "tawaran khas dan istimewa" semasa siaran pertarungan.

Ia akan menganjurkan klinik bola sepak di beberapa kelab yang dipilih supaya ibu bapa dan anak-anak boleh menimba kemahiran baru, tambah SAFRA.

Sementara itu, apabila ditanya tentang rancangannya, Persatuan Rakyat (PA), menyatakan menerusi kiriman emel: "Kami sedang menimbangkannya dengan syarikat-syarikat telko dan akan memberikan maklumat terkini kepada anda".

Ia pernah menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung dan percuma di 30 Kelab Masyarakat semasa Piala Dunia sebelum ini.

Kedai-kedai F&B yang seringkali menyiarkan rancangan sukan, juga sedang menetapkan rancangan bagi Piala Dunia yang akan bermula tidak lama lagi. Piala Dunia 2018 akan diadakan di Rusia dari 14 Jun hingga 15 Julai.

McDonald's pula memberitahu Mediacorp: "Sebagai sebahagian daripada semangat penajaan Piala Dunia FIFA, kami akan memilih perlawanan Piala Dunia yang akan disiarkan di 22 restoran kami di Singapura."

Mediacorp, yang akan menyiarkan perlawanan Piala Dunia di laman Toggle, menyatakan harga pakej korporat bermula dari sekitar S$2,870 namun ia bergantung kepada saiz skrin dan bila syarikat-syarikat membelinya.

Bagi yang membeli Pas Rusia Piala Dunia FIFA Toggle 2018 bagi Skrin Standard (sehingga 50 inci), harga ganjaran bagi pelanggan awal adalah kira-kira S$2,870 bagi skrin pertama dan S$2,020 bagi setiap skrin lain, menurut Mediacorp.

Promosi ganjaran bagi pelanggan korporat awal itu dibuka sehingga 22 Mei, sama seperti pelanggan biasa.

Mereka yang mahu membeli pas bagi skrin lebih besar, iaitu 51 inci hingga 99 inci, ganjaran bagi pelanggan awal adalah S$5,016 bagi skrin pertama dan S$3,090 bagi setiap skrin lain, tambahnya.

Sebaik sahaja tempoh membeli bagi pelanggan awal berakhir, harga bagi Skrin Standar adalah S$3,090 bagi skrin pertama dan S$2020 bagi setiap skrin lain.

Bagi skrin lebih besar, 51 inci hingga 99 inci, S$5,230 bagi skrin pertama dan S$3,090 bagi setiap skrin lain.

Pakej bagi Skrin Tayangan Awam di Tempat Tertutup pula, iaitu saiz skrin 100 inci ke atas, bayarannya adalah S$5,230 bagi setiap skrin dan tiada harga ganjaran bagi pelanggan awal.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan