Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sadio Mane julang mahkota pertama AFCON untuk Senegal

Anggaran Waktu Membaca:
Sadio Mane julang mahkota pertama AFCON untuk Senegal

Gambar: (AP Photo/Themba Hadebe)

SENEGAL: Senegal menewaskan Mesir 4-2 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada Ahad (6 Feb), selepas kedua-dua pasukan itu tidak berlawan selama 120 minit tanpa sebarang jaringan gol, lapor ESPN.

Menyelamatkan tendangan penalti keempat sementara penyerang handalan Liverpool Sadio Mane menyempurnakan sepakan penaltinya untuk memberi kemenangan kepada senegal.

Kemenangan itu menandakan kali pertama senegal menjulang mahkota Piala Negara-Negara Afrika, menurut laporan ESPN.

Hanya empat minit selepas perlawanan akhir itu bermula serta-merta pemain Mesir, Mohamed Abdelmonem melakukan kesilapan dengan memberikan sepakan penalti untuk pasukan lawan.

Penjaga gol Mohamed Abougabal bagaimanapun, menyelamatkan percubaan Mane dari sepakan penalti.

Perlawanan tersebut berterusan 0-0 sepanjang 90 minit dan kemudian memasuki masa tambahan.

Pada pusingan keempat penalti, Mendy menahan gol Mohanad Lasheen untuk meletakkan Senegal di hadapan sekali lagi. Mane kemudian kembali ke petak penalti dan memasukkan gol kemenangan dengan rembatan kencang kaki kanannya, lapor ESPN.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan