S'pura tewas 3-0 di tangan Thailand dalam perlawanan Piala AFF Suzuki 2018
Singapura tersingkir daripada Piala AFF Suzuki 2018 setelah tewas 3-0 dalam perlawanan dengan Thailand pada malam ini (25 Nov).

Fandi Ahmad semasa menyaksikan perlawanan antara pasukan Singapura dengan Thailand. (Gambar: AFF Suzuki Cup)
SINGAPURA: Singapura tersingkir daripada Piala AFF Suzuki 2018 setelah tewas 3-0 dalam perlawanan dengan Thailand pada malam ini (25 Nov).
Irfan Fandi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-12, sekaligus membenarkan pasukan Thailand mendahului perlawanan tersebut.
Pada minit ke-23, Supachai Jaided menjaringkan gol kedua bagi pasukan Thailand.
Rakan sepasukan, Adisak Kraisorn, menamatkan perlawanan itu dengan menjaringkan gol ketiga.
Thailand akan berdepan dengan pasukan Malaysia pada Sabtu depan (1 Dis).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.