S'pura raih emas dan perak di Kejohanan Tenis Meja Belia Sedunia
Singapura meraih pingat emas dan perak di Kejohanan Tenis Meja Belia Sedunia di Lignano, Itali.

Ser Lin Qian meraih emas dalam kategori belia bawah 15 tahun ke bawah manakala Zhou Jingyi menduduki tempat ketiga kategori belia bawah 19 tahun. (Gambar: Facebook/Singapore Table Tennis Association)
LIGNANO: Singapura meraih pingat emas dan perak di Kejohanan Tenis Meja Belia Sedunia di Lignano, Itali.
Ser Lin Qian menang kesemua lima set sebelum perlawanan akhir belia di bawah 15 tahun.
Ser yang berusia 15 tahun kemudian meraih emas selepas mengalahkan Earley Sophie dari Ireland 3 set berbalas 2.
Zhou Jingyi pula mara ke perlawanan akhir perseorangan wanita di bawah 19 tahun.
Ini selepas memenangi semua perlawanan sebelum itu termasuk menewaskan pemain dari negara tuan rumah, Arlia Nicole 3-1 di peringkat separuh akhir.
Namun Zhou kalah 3-1 kepada Liu Yangzi dari Australia.
Zhou, Ser dan Izaac Quek juga akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Belia WTT seterusnya di Slovakia yang akan bermula esok (1 Nov).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.