S'pura raih 22 pingat; duduki tempat ke-18 dalam Sukan Asia 2018
Singapura menduduki tempat ke-18 dengan meraih empat pingat emas, empat pingat perak dan 14 pingat gangsa dalam Sukan Asia kali ini.
JAKARTA: Singapura menduduki tempat ke-18 dengan meraih empat pingat emas, empat pingat perak dan 14 pingat gangsa dalam Sukan Asia kali ini.
Dalam Sukan Asia 2014, Singapura menang lima pingat emas, enam pingat perak dan 14 pingat gangsa.
Singapura menghantar kontinjen terbesar kali ini yang terdiri daripada 264 atlit, tetapi kebanyakan daripada mereka bertanding buat kali pertama di Sukan Asia.
Secara keseluruhannya, prestasi para atlit Singapura diberi Gred 'B'.
Chef de Mission Team Singapore, Lee Wung Yew, bagaimanapun menegaskan bahawa pasukan Singapura "mempamerkan prestasi cemerlang" di temasya sukan tersebut.
"75 peratus daripada anggota kontinjen bertanding buat kali pertama dan mereka telah menyumbang 75 peratus daripada pingat-pingat yang dimenangi kita. Bagi tahun ini, 2018, kita menang pingat dalam sembilan jenis sukan. Kami mahu mengatakan ia adalah pencapaian yang amat baik bagi Team Singapore," kata Encik Lee.
Selepas Sukan Asia ini, para atlit Singapura akan menumpukan pula perhatian kepada Sukan SEA di Filipina tahun depan dan Sukan Olimpik di Tokyo 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.