Skip to main content

Sukan

S'pura mulakan kempen Piala Suzuki AFF 2018 Jumaat ini

Pasukan Negara akan memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2018 dengan perlawanan menentang Indonesia Jumaat ini (9 Nov) di Stadium Negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Nov 2018 05:51PM Dikemas Kini : 05 Nov 2018 09:31PM

SINGAPURA: Pasukan Negara akan memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2018 dengan perlawanan menentang Indonesia Jumaat ini (9 Nov) di Stadium Negara.

Kali ini pasukan Singa berada dalam apa yang disebut sebagai "Kumpulan Mati" merangkumi Thailand, Indonesia dan Filipina.

Singapura pernah menjadi juara empat kali dalam Piala Suzuki dengan kali terakhir mereka menjulang piala pada 2012. Namun mereka kecundang pada peringkat kumpulan sejak dua kejohanan yang lalu.

Maka tidak hairanlah para peminat tempatan berasa pesimis, lebih-lebih lagi pasukan ini gagal memenangi sebarang perlawanan selama 16 bulan, sehingga Mac lalu.

Bagaimanapun Kapten Singa, Hariss Harun berkata pada 2012 tiada siapa yang menjangka Singapura akan menjulang piala, tetapi dengan semangat kental, mereka tetap menang.

"Bagi kita, inilah detik permulaan, di Asia Tenggara. Kita cuba mengembalikan semula prestasi pasukan dan berusaha langkah demi langkah," Hariss Harun berkongsi harapan skuad negara.

Apabila pasukan Singa turun padang Jumaat ini, tujuh pemain bakal membuat penampilan pertama dalam Piala Suzuki termasuk Jacob Mahler, 18 tahun.

Dalam usaha menguatkan persiapan pasukan Singa, FAS juga mengambil khidmat bekas pemain penyerang Noh Alam Shah. Selepas bersama skuad tersebut selama beberapa bulan, Noh Alam Shah berpendapat para pemain pasukan Singa ada semangat juang untuk berjaya.

Dengan suntikan bakat pemain-pemain baru, skuad Singa bertekad untuk bekerja keras bagi mencatat kejayaan kali ini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita