S'pura menang bergaya 3-0 ke atas Myanmar di AFF Piala Suzuki
Pasukan Singa menang bergaya ke atas Myanmar 3-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Negara pada Ahad (5 Dis).

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Pasukan Singa menang bergaya ke atas Myanmar 3-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Negara pada Ahad (5 Dis).
Bermain di hadapan 7,588 penonton, penyerang Ikhsan Fandi dan Safuwan Baharudin meledakkan gol untuk meletakkan pasukan Singa di tempat teratas Kumpulan A. Tempat kedua diduduki juara lima kali Thailand yang menundukkan pasukan Timor Leste 2-0 .
Singapura akan kembali beraksi menentang Filipina pada Rabu (8 Dis). Pasukan Azkals belum lagi beraksi dalam sebarang perlawanan.
Piala AFF Suzuki dijadual diadakan pada tahun lalu, namun ia ditunda ke April tahun ini kerana pandemik COVID-19. Ia kemudian dijadual semula buat kali kedua.
Piala Suzuki AFF 2020 berlangsung hingga 1 Januari tahun depan.
Ikuti perlawanan Piala AFF Suzuki 2020 secara langsung di MeWatch. Daftar sekarang di pautan ini: https://bit.ly/3oqq9dMlaman agar tidak terlepas menonton perlawanan-perlawanan Piala AFF Suzuki itu bersama Mediacorp, penyiar rasminya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.