Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura bakal berdepan Thailand, Filipina sekali lagi dalam kumpulan A Piala AFF Suzuki

Singapura akan berdepan dengan Thailand, Myanmar, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan antara Brunei dengan Timor Leste, dalam Kumpulan A Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura bakal berdepan Thailand, Filipina sekali lagi dalam kumpulan A Piala AFF Suzuki

Pasukan Singapura dan Thailand dalam permainan Piala AFF Suzuki pada 25 Nov 2018. (Gambar fail: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 21 Sep 2021 06:10PM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 06:19PM

SINGAPURA: Singapura akan berdepan dengan Thailand, Myanmar, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan antara Brunei dengan Timor Leste, dalam Kumpulan A Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Acara pengundian berlangsung secara maya pada Selasa (21 Sep), buat pertama kali dalam sejarah kejohanan itu disebabkan sekatan COVID-19.

Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos pula akan berentap dalam Kumpulan B.

Kejohanan itu sepatutnya diadakan tahun lalu, namun ditangguhkan setahun kepada April tahun ini dek COVID-19. Edisi ke-13 kejohanan berprestij bola sepak Asia itu kini dijadualkan bermula dari 5 Dis tahun ini sehingga 1 Jan tahun depan. 

Kejohanan dwitahunan itu akan diadakan dalam lokasi berpusat, dengan butiran lanjut dikongsi dalam minggu-minggu mendatang, kata Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam ucapan pembukaannya.

Singapura yang menduduki tangga ketujuh diletakkan bersama dengan Kemboja yang menduduki tangga kelapan dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Juara bertahan Vietnam dan pasukan yang paling berjaya di dalam kejohanan itu, Thailand diletakkan dalam peringkat lawan yang sama, bermakna mereka tidak boleh berada dalam kumpulan yang sama.

Baki gandingan terdiri daripada Malaysia (tangga ketiga) dan Myanmar (tangga keempat), Filipina dan Indonesia (seri tempat kelima) sementara pasangan terakhir merangkumi Laos (tangga kesembilan) dan pemenang pusingan kelayakan antara Timor Leste (tangga ke-10) dan Brunei (tangga ke-11).

Kedudukan bagi perlawanan 10 pasukan itu ditentukan berdasarkan mata ranking yang diraih setiap negara antara edisi perlawanan 2016 dan 2018. Pada edisi terakhir, Vietnam menewaskan Malaysia dalam format timbal balik di gelanggang sendiri dan lawan untuk merangkul trofi buat kali kedua dalam sejarah 20 tahun perlawanan tersebut.

Pasukan Lions mendapat tempat ketiga dalam peringkat kumpulan dengan enam mata.

Singapura pernah memenangi piala itu sebanyak empat kali, dengan kali terakhir Lions digelar johan adalah pada 2012 di bawah bimbingan jurulatih Raddy Avramovic. 

Sumber : CNA/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan