Ryan Lo, Shanti Pereira dipilih bawa bendera SG di Olimpik Paris
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Atlit sukan layar Ryan Lo dan ratu pecut Shanti Pereira dipilih sebagai pembawa bendera Singapura di Sukan Olimpik Paris akan datang.
Atlit renang Toh Wei Soong pula akan membawa bendera Singapura dalam Sukan Paralimpik.
Kedua-dua kontinjen Pasukan Singapura berkumpul di Institut Sukan Belia Kebangsaan di Kallang pada Sabtu (6 Jul) bagi upacara penyampaian bendera.
Untuk Sukan Olimpik kali ini, 22 atlit berjaya melayakkan diri dalam 11 acara sukan.
Ini termasuk golf, yang buat julung-julung kalinya diwakili Shannon Tan.
Bagi Sukan Paralimpik pula, sembilan atlit akan mengambil bahagian dalam lima acara.
Ini termasuk sukan boccia, memanah dan renang.
"Kepada para atlit, ini adalah peluang seumur hidup untuk lakukan sedaya upaya dan memahami kemampuan anda sebagai seorang atlit - apa yang anda boleh capai, dan merealisasikan peluang untuk menjadi seorang juara Olimpik," kata Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Grace Fu.
"Supaya anda tidak akan menyesal selepas Olimpik, bila anda pulang, berbangga bahawa 'saya sudah melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama negara," tambahnya.
Anda boleh saksikan Pasukan Singapura beraksi di Sukan Olimpik Paris, secara langsung atau 'on-demand', bersama Mediacorp di meWatch secara percuma.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.