Russell juara Grand Prix SG, McLaren raih kejuaraan pasukan
Pelumba Mercedes, George Russell, meraikan kemenangannya di Marina Bay, Singapura, pada 5 Okt 2025. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
This audio is generated by an AI tool.
Pemandu Britain itu menamatkan perlumbaan di litar Marina Bay, 5.4 saat di hadapan Verstappen, sekali gus meraih kemenangan keduanya musim ini.
Kedua-duanya mengutip mata yang mencukupi untuk memastikan McLaren mengekalkan kejuaraan pasukan buat tahun kedua berturut-turut.
Kelebihan mata Piastri ke atas Norris dalam kedudukan keseluruhan pemandu kini berkurangan kepada 22 mata, manakala Verstappen ketinggalan 63 mata di belakang pelumba Australia itu dengan baki enam perlumbaan musim ini.
Walaupun McLaren meraikan kejuaraan pasukan, suasana di garaj pasukan itu sedikit suram kerana Piastri berang terhadap Norris yang memotongnya di selekoh pertama perlumbaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.