Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Rudi Garcia tinggalkan Al Nassr, Cristiano Ronaldo bakal dikendali jurulatih baru

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Al Nassr menunjukkan pintu keluar kepada Rudi Garcia semalam (13 Apr) dan memberi peluang kepada pengurus kelahiran Croatia, Dinko Jelicic, yang kurang dikenali untuk memimpin Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan sepasukannya dalam persaingan Liga Pro Saudi.

Ketua jurulatih AS Roma, Jose Mourinho, telah dikaitkan dengan kemungkinan disatukan semula dengan Ronaldo, setelah melatih kapten pasukan Portugal itu di Real Madrid lapor Astro Awani.


Akhbar Sepanyol AS minggu ini mendakwa Mourinho telah ditawarkan kontrak dua tahun bernilai 100 juta euro (S$146 juta).

Buat masa ini, Al Nassr telah meletakkan Jelicic sebagai pengurus pasukan utama selepas memimpin pasukan Bawah 19 tahun mereka.

Kelab yang berpangkalan di Riyadh itu menyatakan: "Al Nassr mengumumkan bahawa ketua jurulatih Rudi Garcia telah meninggalkan kelab itu dengan persetujuan bersama, seperti dipetik laporan Astro Awani.

"Ahli lembaga kelab dan semua orang di Al Nassr ingin mengucapkan terima kasih kepada Rudi dan kakitangannya atas kerja berdedikasi mereka selama lapan bulan yang lalu.

"Kami mengumumkan bahawa jurulatih Bawah 19 Tahun kami, Dinko Jelicic akan menjadi ketua jurulatih baru untuk pasukan pertama. Semoga berjaya, Encik Dinko."
Sumber : Agensi berita/AW/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan