RTM siar secara langsung Piala Dunia 2018
Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
PUTRAJAYA: Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo, berkata perincian mengenai pemilihan perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat, lapor laman Berita Harian Malaysia online.
"Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian.
"Mungkin esok," katanya semasa ditemui media selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri hari ini (30 Mei), seperti yang dipetik Berita Harian Malaysia.
Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan, lapor Berita Harian Malaysia.
Semalam (29 Mei), Encik Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.
Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.