Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ronaldo tolak tawaran kelab Arab Saudi bernilai 242 juta euro

Anggaran Waktu Membaca:

SEPANYOL: Bintang bola sepak dari Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan menolak tawaran yang mampu menjadikannya pemain bola sepak termahal di dunia.

Kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal menawarkan kontrak selama dua musim bernilai 242 juta euro (S$340 juta) kepada bintang Manchester United itu, lapor media Sepanyol, Marca pada Selasa (13 Sep).

Kelab itu sudah mempunyai pemain seperti Luciano Vietto, Alvaro Gonzalez, David Ospina, Santi Mina, or Alvaro Medran.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al-Misehal mendedahkan  usaha kelab bola sepak negara itu untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo masih belum terpadam.

Musim panas lalu me­nyaksikan Ronaldo secara jelas memberi gambaran untuk meninggalkan Old Trafford bagi mencari pasukan yang mampu memberinya peluang beraksi di saingan Liga Juara-Juara.

Namun, dia gagal menerima sebarang peluang kecuali daripada dua pasukan Arab Saudi iaitu Al-Hilal dan Al-Nassr yang mengemukakan tawaran yang cukup lumayan untuk membawanya beraksi di negara tersebut.

Kapten Portugal itu dikaitkan dengan perpindahan ke Atletico Madrid, Sporting Lisbon dan Napoli, namun gagal menyempurnakan perpindahan tersebut.

Ronaldo ketika ini hanya memanaskan bangku simpanan di bawah kendalian jurulatih Erik Ten Hag.

Tumpuan utama Ronaldo tahun ini hanyalah Piala Dunia dan dia perlu menunggu sehingga jendela perpindahan dibuka semula pada Januari bagi mencari kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara.

Sumber : Agensi berita/HY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan