Ronaldo pun tak cukup untuk atasi "sumpahan" Juve
Jurulatih Juventus Maurizio Sarri berkata beliau kecewa apabila pasukan Itali itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Lyon walaupun dua gol Cristiano Ronaldo memberikan kemenangan 2-1.
Cristiano Ronaldo. (Gambar: AFP)
TURIN: Jurulatih Juventus Maurizio Sarri berkata beliau kecewa apabila pasukan Itali itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Lyon walaupun dua gol Cristiano Ronaldo memberikan kemenangan 2-1.
"Saya amat kecewa, saya faham bagaimana pertandingan ini ibarat sumpahan untuk Juve," kata Sarri yang mengambil alih sebagai jurulatih pasukan pada musim panas lalu.
Pasukan dari Turin itu pernah memenangi kejohanan berkenaan sebanyak dua kali, kali terakhir pada tahun 1996.
Juve yang masih segar dengan kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut di Itali, berdepan lawan yang tidak beraksi dalam liga sejak lima bulan lalu selepas Ligue 1 dibatalkan akibat COVID-19.
"Penyesalannya adalah mensia-siakan peluang pada babak pertama di Lyon. Pada peringkat ini ia amat bermakna.
"Saya akan pulang dengan kesedihan kerana kami ditewaskan, tetapi malam ini kami mengharungi perlawanan yang baik," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.