Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ronaldo kembali ke Man United bagai mimpi, kata De Gea

Penjaga gawang Manchester United David de Gea berkata bahawa ia bagai mimpi Christiano Ronaldo kembali ke Manchester United sedang penyerang Portugal itu hampir selesai pemindahannya ke kelab Liga Perdana England tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Ronaldo kembali ke Man United bagai mimpi, kata De Gea

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 30 Aug 2021 11:31AM Dikemas Kini : 30 Aug 2021 11:33AM

WOLVERHAMPTON: Penjaga gawang Manchester United David de Gea berkata bahawa ia bagai mimpi Christiano Ronaldo kembali ke Manchester United sedang penyerang Portugal itu hampir selesai pemindahannya ke kelab Liga Perdana England tersebut.

United pada Jumaat (27 Ogos) memeterai perjanjian dengan Juventus untuk mengembalikan Ronaldo ke kelabnya, di mana beliau beraksi sepanjang enam musim antara 2003 dengan 2009 dan dalam tempoh yang sama, menjulang lapan trofi kejohanan utama termasuk anugerah Ballon d'Or sebagai pemain terbaik dunia pada 2008.

De Gea berkata kepada Sky Sports: "Ia bagai mimpi dapat menerima beliau kembali. Ini sesuatu yang hebat - ia sememangnya hebat. Anda boleh merasakan kemeriahannya. Mudah-mudahan beliau boleh membawa sesuatu yang istimewa untuk menjadikan pasukan ini lebih baik."

Pengurus Ole Gunner Solskjaer juga menanti-nantikan kepulangan pemain 36 tahun itu.

"Tentunya kami perlu menyelesaikan kertas-kertas kerja sebelum mengatur dan membuat pengumuman tidak lama lagi," kata Solskjaer.

"Ronaldo tidak dibeli untuk duduk di bangku.

"Kami akan menempatkannya dalam Manchester bersama (rakan sepasukan Portugal) Bruno (Fernandes) dan mudah-mudahan beliau akan beraksi secepat mungkin."

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan