Skip to main content

Sukan

Ronaldo jadi adi wira dalam siri animasi kanak-kanak

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dijangka akan memainkan watak sebagai seorang 'superhero’ dalam satu siri animasi kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Ronaldo jadi adi wira dalam siri animasi kanak-kanak

Petikan laman strikerforce7.com.

Diterbitkan : 13 May 2018 08:01AM Dikemas Kini : 13 May 2018 08:04AM

PORTUGAL: Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dijangka akan memainkan watak sebagai seorang 'superhero’ dalam satu siri animasi kanak-kanak.

'Striker Force 7' boleh disaksikan di pelbagai platform animasi, komik, permainan video dan kandungan digital yang lain, lapor agensi berita Independent.IE.

Bekas pemain kelab Manchester United itu mendedahkan bahawa beliau seorang penggemar watak adi wira dan berasa sangat gembira kerana berpeluang mencipta siri animasi baru itu.

"Bagi saya, permainan bola sepak menghubungkan budaya dan masyarakat seluruh dunia, saya percaya bahawa watak-watak animasi adi wira yang hebat juga boleh melakukan perkara sama.

"Oleh itu saya teruja untuk menyatukan keghairahan terhadap bola sepak dan watak adi wira menerusi projek ini dan berkongsi dengan peminat saya," kata penyerang berusia 33 tahun itu seperti ditukil Independent.IE.

Menurut laporan media tempatan, Ronaldo sebagai penerbit eksekutif, bekerjasama dengan Graphic India bagi menjayakan projek siri animasi tersebut. Tarikh keluaran siri animasi berkenaan belum lagi diumumkan namun para peminat pemain bola sepak itu boleh mengikuti perkembangannya melalui laman www.strikerforce7.com.

Ronaldo turut mengikut jejak langkah beberapa bintang Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) dan Liga Ragbi Amerika (NFL) seperti Drew Brees, Tony Parker, Derrick Brooks serta Michael Finley bagi mencuba nasib dalam bidang produksi filem dan televisyen.

Bintang-bintang tersebut juga memiliki syarikat produksi sendiri, Argent Pictures yang terlibat menghasilkan filem American Made dan Hacksaw Ridge yang pernah dinobatkan dengan anugerah Oscar, lapor Independent.IE.

Selain itu, Ronaldo turut menghasilkan drama baru yang akan ditayangkan menerusi platform Facebook Watch bagi mengikuti pengembaraan sebuah pasukan bola sepak wanita di New York. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita