Ronaldo hampir tumbuk pengadil selepas dilayang kad merah dalam perlawanan separuh akhir Piala Super Saudi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Agensi berita
RIYADH: Bintang Al Nassr, Cristiano Ronaldo, hampir menumbuk pengadil selepas dilayangkan kad merah atas tindakannya yang menyiku pemain pasukan lawan dalam perlawanan separuh akhir Piala Super Saudi pada Isnin (8 Apr).
Ronaldo dilihat naik berang selepas diprovokasi pemain pertahanan Al- Hilal, Ali Al-Bulayhi, sehingga menyebabkan beliau menyiku dada pemain tersebut dan mengakibatkan beliau terus dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke 86.
Pada ketika itu, pasukan Ronaldo sudahpun ketinggalan 2-0 dalam perlawanan tersebut.
Kemenangan 2-1 ke atas Al Nassr sekali gus memberikan kelebihan kepada Al-Hilal untuk meneruskan rekod cemerlang mereka dengan meraih kemenangan berterusan dalam 33 perlawanan.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.