Ribuan penyokong sambut kemenangan JDT kali ke-5 berturut-turut
Juara Liga Super Malaysia Johor Darul Ta'zim (JDT) meraikan kemenangan mereka yang kelima berturut-turut dengan penyalaan bunga api dan perarakan mengelilingi bandar pada Jumaat malam (20 Jul).

(Gambar: Mediacorp)
JOHOR BAHRU: Juara Liga Super Malaysia Johor Darul Ta'zim (JDT) meraikan kemenangan mereka yang kelima berturut-turut secara gah dan bergaya dengan penyalaan bunga api dan perarakan mengelilingi bandar pada Jumaat malam (20 Jul).
Ini menyusuli kemenangan 4-0 ke atas Kelantan FA di stadium yang penuh sesak di Larkin. Pemain Fernando Gaston Elizari Sedano, Afiq Fazail, Safawi Rashid dan Safiq Rahim masing-masing menyumbangkan gol kepada pasukan JDT malam itu.

Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga merupakan pemilik kelab JDT, turut hadir menyaksikan perlawanan bersama Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Para pemain dan ahli keluarga kemudian menaiki bas-bas bumbung terbuka menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru, sambil melambai ke ribuan penyokong di jalan-jalan raya yang turut meraikan kemenangan pasukan JDT.
Suasana malam turut diterangi cahaya letusan bunga api yang menandakan ketibaan konvoy JDT di Dataran Bandaraya JB.

(Gambar-gambar: Mediacorp)
Dalam satu ucapan, Tunku Ismail menyampaikan rasa penghargaan bagi para penyokong pasukan itu.
Kemenangan kali ini juga sekaligus melayakkan JDT dalam perlawanan serantau, Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Hairiss Harun yang juga merupakan kapten pasukan negara Singapura turut merakam penghargaan kepada Putera Mahkota Johor itu atas sokongannya terhadap pasukan JDT.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.