Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Rekod cemerlang F1 Verstappen kini terancam

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rekod kemenangan Max Verstappen dalam perlumbaan Formula One kini terancam selepas pelumba Red Bull itu setakat menduduki tempat kelapan dalam sesi latihan Grand Prix Singapura semalam (15 Sep).

Verstappen meraih kemenangan di Itali dua minggu lalu untuk menjadi pemandu pertama dalam sejarah 73 tahun sukan itu untuk memenangi 10 perlumbaan berturut-turut, sedang beliau menghampiri hatrik kejohanan dunia.

Verstappen malangnya menamatkan sesi ujian semalam di belakang pemandu Ferrari, Carlos Sainz, pelumba kelahiran Sepanyol yang menduduki petak pertama di Monza.

Charles Leclerc menduduki tempat kedua untuk Ferrari ketika pasukan Itali itu menamatkan latihan sebagai dua pelumba terpantas, dengan George Russell di tangga ketiga untuk Mercedes, ketinggalan 0.235 saat.

Fernando Alonso dari Aston Martin menduduki tempat keempat, dengan Lewis Hamilton di tempat kelima bagi pasukan Mercedes, di hadapan Lando Norris dari McLaren.

Red Bull masih belum tewas musim ini, tetapi mereka tidak mempunyai pelumba dalam kelompok enam pelumba teratas semalam, dengan Sergio Perez, yang memenangi perlumbaan di sini tahun lalu, di tempat ketujuh.

Verstappen, yang memenangi 12 daripada 14 pusingan setakat ini, tidak tewas dalam sebarang perlumbaan sejak Grand Prix Azerbaijan pada 30 April.
Sumber : Agensi berita/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan