Skip to main content

Sukan

Real Madrid julang piala Liga Juara-juara Eropah selepas menang 3-1 ke atas Liverpool

Buat kali ketiga berturut-turut, Real Madrid menjulang piala kejuaraan Liga Juara-juara Eropah selepas ia menumpaskan Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir dinihari tadi waktu Singapura (26 Mei waktu tempatan).

Anggaran Waktu Membaca:
Real Madrid julang piala Liga Juara-juara Eropah selepas menang 3-1 ke atas Liverpool

(Gambar: Kai Pfaffenbach/ Reuters)

Diterbitkan : 27 May 2018 02:30PM Dikemas Kini : 27 May 2018 02:32PM

KIEV: Buat kali ketiga berturut-turut, Real Madrid menjulang piala kejuaraan Liga Juara-juara Eropah selepas ia menumpaskan Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir dinihari tadi waktu Singapura (26 Mei waktu tempatan).

Pada awal separuh kedua penuh aksi perlawanan, Karim Benzema dari Real Madrid menyumbatkan gol pertama bagi pasukannya pada minit ke-50. Bagaimanapun, selang empat minit kemudian, Liverpool berjaya membendung serangan Real Madrid dengan gol sepakan Sadio Mane.

Namun, Real Madrid sekali lagi mengatasi Liverpool selepas Gareth Bale membuktikan kehandalannya dengan merembat gol cantik menerusi tendangan akrobatik pada minit ke-64. Ini merupakan antara gol paling menakjubkan dalam satu-satu perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Liverpool akhirnya tumpas 3-1 di tangan Real Madrid selepas pemain midfield Gareth Bale menjaringkan satu lagi gol untuk pasukannya pada minit ke-82.

Christiano Ronaldo, yang sebelum ini memegang rekod sebagai pemain pertama yang lima kali mengangkat trofi Liga Juara-juara Eropah, tidak menafikan kehebatan Gareth Bale.

Nasib tidak menyebelahi Liverpool dalam perlawanan itu. Baru sahaja memasuki minit ke-30 dalam separuh masa pertama, penyerang handalan Liverpool, Mohamed Salah, terpaksa meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan di bahunya.

Kemenangan Real Madrid sekali gus mencatat rekod bagi Zinedine Zidane yang menjadi jurulatih pertama yang menang dalam Juara Liga sebanyak tiga kali berturut-turut. Ini kali keempat Real Madrid rangkul kejuaraan tersebut dalam lima tahun. Secara keseluruhannya, kelab terkemuka Sepanyol itu sudah memenangi Liga Juara-Juara sebanyak 13 kali sejak 1955. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita