Rayuan ejen bola sepak terhadap FIFA berkait peraturan baharu ditolak
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail logo FIFA (Gambar: REUTERS/Arnd Wiegmann)
LAUSANNE: Rayuan ejen-ejen bola sepak untuk menghalang peraturan baharu FIFA ditolak.
Peraturan baharu itu mengehadkan komisen pemindahan pemain dan memperkenalkan peperiksaan untuk mendapatkan lesen.
Ini selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memutuskan untuk menyokong badan pentadbir bola sepak itu pada Isnin (24 Jun).
Persatuan Profesional Ejen Bola Sepak (PROFAA) yang berpangkalan di Zurich itu mengemukakan rayuan kepada CAS, iaitu mahkamah tertinggi sukan, di Switzerland selepas FIFA memperkenalkan rangka kerja kawal selia baharu pada Januari.
Peraturan baharu tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Oktober.
Dakwaan PROFAA bahawa peraturan itu melanggar persaingan dan undang-undang Kesatuan Eropah (EU) "ditolak secara keseluruhan", menurut CAS. Kumpulan ejen itu menyatakan bahawa ia "sangat kecewa" dengan keputusan tersebut.
FIFA menetapkan bahawa ejen-ejen hanya boleh menerima maksimum tiga peratus komisen bagi sebarang pemindahan pemain dengan nilai lebih $200,000 (S$266,000) dan lima peratus bagi perjanjian dengan nilai kurang $200,000.
Terdapat had 10 peratus pada pendapatan apabila ejen mewakili kelab yang ingin menjual pemainnya.
Peraturan tersebut juga memerlukan ejen untuk lulus peperiksaan menjelang 1 Oktober. Ejen-ejen tersebut mula menduduki peperiksaan itu buat pertama kali pada April, dengan hanya 52 peratus daripada 3,800 calon mendapat keputusan yang diperlukan untuk lulus.
Perubahan besar lain termasuk larangan berbilang perwakilan untuk mengelak konflik kepentingan dan pembayaran yuran ejen melalui pihak ketiga FIFA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.