Ratu pecut Sukan Asia Shanti Pereira terima sambutan hangat setibanya di Changi
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Bagi Otto Doehling yang berusia lapan tahun, detik yang paling menarik pada Khamis (5 Okt) adalah selepas waktu sekolah - apabila dia pergi ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan para atlit Team Singapore dan bapanya, penolong pengurus besar Persatuan Atletik Singapura dan ratu pecut Sukan Asia, Shanti Pereira.
Otto dan ibunya adalah antara 50 penyokong, rakan serta keluaga atlit yang hadir untuk menyambut kepulangan ratu pecut itu, yang memenangi pingat emas bagi acara 200m dan pingat perak bagi acara 100m di Sukan Asia Hangzhou.
Naib Presiden Persatuan Atletik Singapura (Pertandingan) Jason Wong berkata bahawa beliau bertuah kerana dapat menyaksikan detik bersejarah itu.
“Ini adalah sesuatu yang membanggakan bagi seluruh Singapura serta persatuan kami,” katanya.
"Sungguh menggembirakan melihat semua orang benar-benar teruja, ramai ahli keluarga saya juga berada di sini, ia sambutan yang sangat memberangsangkan," kata Pereira.
Beliau berharap kejayaannya itu akan dapat memberi inspirasi kepada para atlit lain.
“Saya tidak berputus asa kerana saya tahu inilah yang saya mahu lakukan, jadi jika orang lain merasakan perkara yang sama seperti saya, saya akan galak mereka supaya meneruskan usaha itu, jangan takut untuk mempunyai cita-cita besar.
“Ia tidak semestinya sesuatu yang menakutkan, tetapi anda perlu bekerja keras dan mengorbankan banyak perkara untuk mencapai matlamat itu dan mendapatkan apa yang anda inginkan,” katanya.
Pereira menambah bahawa terdapat banyak perkara yang perlu diusahakan dan beliau akan kembali berlatih bulan depan, tetapi perkara pertama dalam agenda ialah untuk berehat secukupnya.
"Saya akan bercuti esok, jadi saya sangat ghairah. Saya tidak sabar untuk berehat dan merenung buat seketika betapa hebatnya tahun ini," tambah atlit itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.