Ratu pecut SG Shanti Pereira rangkul emas 200m di Kejohanan Olahraga Asia; menang acara pecut berganda
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/Singapore Athletics)
SINGAPURA: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira terus mencipta sejarah pada Ahad (16 Jul) apabila menang emas berganda buat pertama kalinya di Kejohanan Olahraga Asia, di Bangkok sekali gus melanjutkan prestasinya yang hebat pada 2023.
Pencapaian atlit berusia 26 tahun itu menyusuli kemenangannya dalam acara 100 meter di mana Shanti memecahkan rekod negara yang diciptanya sebanyak enam kali tahun ini.

Bermula di lorong 8, Shanti mengalahkan pesaingnya dengan mencatat masa terpantas 22.70 saat, dengan Jyothi Yarraji dari India meraih pingat perak dengan masa 22.13 saat, manakala Li Yuting dari China menduduki tempat ketiga.
Shanti mencipta sejarah pada Mei apabila menjadi warga Singapura pertama untuk menang emas berganda bagi kedua-dua acara 100 meter dan 200 meter pada edisi Sukan Asia Tenggara (SEA).
Pereira memecahkan rekod negara bagi acara 200 meter sebanyak tiga kali tahun ini, dengan mencatat masa rekod 22.69 saat di Sukan SEA Kemboja.
Meskipun tidak mencatat rekod negara baharu pada Ahad, Shanti hanya 0.1 saat di belakang rekod Sukan SEAnya sendiri.
Di edisi Kejohanan Olahraga Asia pada 2019, Shanti tidak layak ke peringkat akhir 100 meter, namun dia kini membawa pulang emas berganda dalam pertandingan serantau itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.