Skip to main content

Sukan

Ratu pecut SG Shanti Pereira menang pingat perak Kejohanan Atletik Asia

Ratu pecut Singapura Shanti Pereira merangkul pingat perak dalam acara larian 100 meter di Kejohanan Atletik Asia di Gumi, Korea Selatan pada Rabu (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
 Ratu pecut SG Shanti Pereira menang pingat perak Kejohanan Atletik Asia

Ratu pecut SG Shanti Pereira meraikan kemenangannya selepas merangkul pingat perak di Kejohanan Atletik Asia 2025 di Gumi, Korea Selatan pada 28 Mei 2025. (Gambar: Atletik Singapura/Thiruben)

Diterbitkan : 28 May 2025 10:19PM Dikemas Kini : 28 May 2025 10:24PM
SINGAPURA: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira merangkul pingat perak dalam acara larian 100 meter di Kejohanan Atletik Asia di Gumi, Korea Selatan pada Rabu (28 Mei).

Pereira, juara bertahan dalam acara itu serta acara larian 200 meter, menamatkan perlumbaan dengan masa 11.41 saat di belakang atlet China, Liang Xiaojing, yang mencatatkan masa 11.37 saat.

Pingat gangsa diraih oleh atlet Vietnam, Tran Thi Nhi Yen yang menamatkan perlumbaan dengan masa 11.54 saat.

Pereira melayakkan diri bagi pusingan akhir pada Rabu selepas beliau mendapat tempat kedua secara keseluruhan dalam pusingan kelayakan, selepas Liang dengan mencatatkan masa terbaik untuk musim itu iaitu 11.40 saat.

Beliau akan bersaing dalam pusingan kelayakan acara larian 200 meter pada Jumaat (30 Mei).
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita